Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1446H/ 2024M
Tarikh : 11 Julai 2024 (Khamis)
Lokasi : Dewan Serbaguna PUSPEN, Bukit Chabang
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Dewan Serbaguna PUSPEN, Bukit Chabang
DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1446H/ 2024M.
Turut hadir bersama dalam majlis ini YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YDH DCP Dato' Muhammad Bin Abd Halim, Ketua Polis Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) dan Ahli-ahli Yang Behormat.
Majlis dimulakan dengan YAB Menteri Besar Perlis menyampaikan ucapan aluan serta diteruskan dengan titah DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan seterusnya menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1446H/ 2024M.
DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah berkenan untuk mengurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/ 2024M kepada YBhg. Dato Wan Ariff bin Wan Hamzah, Ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs. Kesemua penerima-penerima anugerah yang lain telah menerima wang tunai, sijil penghargaan serta hadiah iringan.
Hadir bersama dalam majlis YBhg. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs, YBhg. Tuan Hj. Najmuddin bin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis (JAIPs), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri & Persekutuan serta wakil-wakil yang terlibat.

