Majlis Pengurniaan Anugerah Cemerlang, Anugerah Kepujian, Anugerah Khas Yayasan Tuanku Syed Putra Kepada Pelajar-Pelajar Yang Mencapai Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023)

Tarikh : 11 Julai 2024 (Khamis)

Lokasi : Hotel Putra Regency, Kangar Perlis

DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Cemerlang, Anugerah Kepujian, Anugerah Khas Yayasan Tuanku Syed Putra Kepada Pelajar-Pelajar Yang Mencapai Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023.

Turut hadir bersama dalam majlis YB Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Johari bin Mohd Darus, Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) dan YBrs. Encik Rose Aza bin Che Ariffin, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis.

Majlis yang diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah menunjuk kecemerlangan dalam Peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2023. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah berkenan untuk mengurniakan Anugerah Khas, Anugerah Cemerlang dan Anugerah Kepujiaan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis kepada 28 pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis turut mengurniakan Sijil Pelantikan Ahli Lembaga Yayasan kepada YB Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Hadir sama dalam majlis Pengetua-pengetua Sekolah di Negeri Perlis, Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih di Negeri Perlis serta waris-waris penerima anugerah yang terlibat.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR