Program Lawatan TYT Duta Besar Sweden Ke Malaysia Di Negeri Perlis
Tarikh : 30 Jun 2024 (Ahad)
Lokasi : Restoran Hi-Thien Seafood, Kuala Perlis
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Restoran Hi-Thien Seafood, Kuala Perlis
TYT HE Dr. Joachim Bergström, Duta Besar Sweden ke Malaysia telah mengadakan lawatan ke Negeri Perlis. Delegasi TYT Duta Besar Sweden diraikan pada Majlis Jamuan Makan malam dan Sesi taklimat Pembangunan Negeri Perlis di Restoran Hi-Thien Seafood, Kuala Perlis.
Sesi taklimat ini telah dibentangkan oleh YBrs. Dr. Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis tentang pelaburan di Negeri Perlis dan Encik Mohamad Rizatuddin Noor bin Mohamed Ramli, Pengarah Pelaburan, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara NCIA juga telah menyampaikan taklimat berkaitan Pembangunan Ekonomi Koridor Utara semasa sesi tersebut.
Sesi ini merupakan suatu platform untuk memperkenalkan mengenai hala tuju pembangunan serta peluang pelaburan yang ada di negeri Perlis kepada perwakilan asing di Malaysia.
Turut hadir bersama dalam taklimat ini YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Tuan Mohamad Ariff Bahruddin, Penolong Pengurus Pelaburan NCIA serta Pegawai-Pegawai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan NCIA.

