Perbarisan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-66 Tahun 2024

Tarikh : 29 Jun 2024 (Sabtu)

Lokasi : Padang Kawad, Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri, Perlis

DYMM Pemangku Raja Perlis, Brig. Jen. Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah telah berkenan berangkat ke Perbarisan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-66 Tahun 2024 di Padang Kawad, Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri, Perlis. Turut berangkat bersama anakanda baginda, YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Turut hadir bersama dalam sambutan ialah YAB Brig. Jen. (Kehormat) Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Lt. Jen. Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Barat Tentera Darat, YBhg. Lt Jen. Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Medan Timur Tentera Darat dan YBhg. Mej. Jen. Datuk Abdul Rahman bin A Wahab, Asisten Panglima Pasukan Simpanan.

Dalam majlis ini juga, diadakan Acara memotong kek sempena sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-66. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis juga telah berkenan memakaikan pangkat Kolonel (Kehormat) kepada YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis juga telah berkenan mengurniakan Anugerah Rejimen Terbaik kepada Rejimen 512 Askar Wataniah.

Hadir sama dalam sambutan ialah Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan juga Komander-Komander Rejimen Siri 500 Askar Wataniah seluruh Malaysia dan wakil-wakil yang terlibat.

 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR