Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham Perlis Specialist Hospital Sdn. Bhd Di Antara Yayasan Islam Perlis (YIPs) Dan Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn. Bhd (KPJSB)

Tarikh : 10 Jun 2024 (Isnin)

Lokasi : Bilik Gerakan 1, Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan Kangar Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Islam Perlis(YIPs) telah hadir ke Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham Perlis Specialist Hospital Sdn. Bhd di antara Yayasan Islam Perlis (YIPS) dan Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn. Bhd (KPJSB).

Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham Perlis Specialist Hospital telah diadakan di antara Yayasan Islam Perlis (YIPs) yang telah diwakili oleh YAB Menteri Besar Perlis, Pengerusi Lembaga Pengarah YIPs manakala Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn. Bhd. (KPJSB) diwakili oleh YBhg. Dato' Mohd Redza Shah bin Abdul Wahid. Turut hadir bersama menyaksikan majlis menandatangani perjanjian ialah YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBrs. Nik Fawaz Nik Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bersekutu & Operasi Kesihatan Runcit (GARHO), YBrs. Encik Zabidi bin Hj Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah (Pantai Timur & Wilayah Utara), Encik Noorhamizi bin Mohd Yaacob, Pengarah Yayasan Islam Perlis (YIPs) serta YBrs. Encik Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Penbandaran Kangar dan Encik Aizal bin Mazlan, Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis.

Turut hadir sama dalam majlis ini Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Wakil-wakil Yayasan Islam Perlis dan Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn. Bhd. (KPJSB) dan wakil-wakil yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR