Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Tarikh : 6 Jun 2024 (Khamis)
Lokasi : Putra Regency Hotel, Kangar Perlis
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Putra Regency Hotel, Kangar Perlis
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, telah hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis. Turut hadir bersama ke majlis ini adalah, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis serta YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan salah satu bentuk penghargaan yang diberikan oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis kepada pegawai/ kakitangan yang telah mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dan memenuhi kriteria sepertimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002 dan Ceraian UP.5.1.1.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 126 orang warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Semoga momentum kecemerlangan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Agensi, Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta Urus Setia Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PSUKPs.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

