Sesi Libat Urus Perkongsian Data Sektor Awam Dan Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX

Tarikh : 5 Jun 2024 (Rabu)

Lokasi : Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis

Bahagian Kerajaan Digital, Jabatan Digital Negara dan Kerajaan Negeri Perlis telah menganjurkan Sesi Libat Urus Perkongsian Data Sektor Awam dan MyGDX di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis. Sesi Libat Urus Perkongsian Data Sektor Awam dan MyGDX ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir bersama dalam sesi libat urus ialah YBrs. Encik Aznul Nizam bin Nasir, Timbalan Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Jabatan Digital Negara (JDN).

Objektif penganjuran SLU Perkongsian Data Sektor Awam bagi Agensi di Negeri Perlis adalah untuk memberi panduan kepada Agensi Sektor Awam dalam melaksanakan perkongsian data merentas agensi selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2021 – Dasar Perkongsian Data Sektor Awam. Di samping itu juga, SLU ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan Ekosistem Perkongsian Data Sektor Awam yang dikenali sebagai MyGDX yang telah dibangunkan sebagai pemangkin pelaksanaan perkongsian data Sektor Awam

Turut hadir dalam sesi ini, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Wakil-wakil jabatan dan agensi.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR