Majlis Perasmian Penutupan Women In Search Of Excellence (WISE)

Tarikh : 4 Jun 2024 (Selasa)

Lokasi : Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis

DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutupan Women In Search Of Excellence (WISE) di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis.

Turut hadir bersama YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah MARA (Keusahawanan) dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Program anjuran MARA Negeri Perlis dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah diadakan bertujuan melonjakkan penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan seterusnya memperkasakan wanita dalam arus pembangunan ekonomi negara.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik Perasmian Penutup beserta Tayangan Video dan mengurniakan Mock Cheque kepada penerima pembiayaan MARA. Turut dipersembahkan pada program ini adalah Tayangan Video Keusahawanan MARA dan MIF Fashion Runway.

Turut hadir sama dalam majlis ialah Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Negeri dan Persekutuan serta wakil-wakil Jabatan yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR