Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif, Robotik Dan IOT Malaysia (MARii) Terhadap YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Tarikh : 31 Mei 2024 (Jumaat)
Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Ts. Nizmar bin Mohd Nazar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
Kunjungan hormat ini adalah salam perkenalan dan memaklumkan berkaitan pengurusan pentadbiran dan fungsi MARii serta membincangkan Kolaborasi dalam bidang Revolusi Industri 4.0, Inisiatif Digitalisasi dan Pembangunan Modal Insan.
Turut hadir dalam kunjungan ini, YBhg. Dato Mansor bin Jusoh, Pengerusi Advance Retro Solution Sdn Bhd, Encik Muhammad Iqbal bin Zahari, Ketua Bahagian Pembangunan Modal Insan, MARii dan Encik Azlihafiz bin Muhammad, Timbalan Ketua, Bahagian Pembangunan Modal Insan, MARii.

