Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Ragbi Takaful Ikhlas Perlis Royal 7s 2024 Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis

Tarikh : 02 Jun 2024 (Ahad)

Lokasi : Padang B, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis

DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Ragbi Takaful Ikhlas Perlis Royal 7S 2024 Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis di Padang B, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Turut berangkat bersama anakanda baginda YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail dan YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato' Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail.

Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Belia & Sukan), YBhg. Dato' Rudy Rodzila bin Che Lamin, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad dan YDH Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Perlis.

Kejohanan Ragbi Takaful Ikhlas Perlis Royal 7S ini diadakan bertujuan untuk menjadi salah satu Kejohanan Ragbi utama di Malaysia serta Asia Tenggara dan merupakan Edisi Kelima pada tahun ini.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis ini telah di taja oleh Syarikat Takaful Ikhlas. Kejohanan yang diadakan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis dan disertakan dalam kalendar Tahun Melawat Perlis 2024-2025 telah bermula pada 1 hingga 2 Jun 2024.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah dipersembahkan dengan perlawanan akhir kategori Cup Lelaki Terbuka dan telah berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang Kejohanan Ragbi Takaful Ikhlas Perlis Royal 7S Tahun 2024 bagi kategori Cup Wanita Terbuka dan juga kategori Cup Lelaki Terbuka.

Turut hadir sama dalam kejohanan ini, Encik Mohd Irzat Rozaidy bin Mohamed Roseli, Wakil, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, Encik Roseaza bin Che Arifin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Encik Azizul bin Ismail, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis, Encik Noor Amin bin Ahmad, Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta wakil wakil yang terlibat.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR