Hari Pertama: Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan (Hppns) 2024 Peringkat Negeri Perlis
Tarikh : 24 Mei 2024 (Jumaat)
Lokasi : Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
Cabutan Bertuah Menarik Menantu
Pertandingan Deklamasi Sajak/ Syair Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2024
Pameran Jabatan dan Agensi
Pameran Haiwan Ternakan
Pameran Jentera Pertanian
Jualan Produk Usahawan
Pertandingan Pencarian Koboi Perlis
Pengagihan Nenas Secara Percuma
Pertunjukan Wayang Kulit
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
Program yang berlansung selama tiga (3) hari bermula 24 Mei 2024 hingga 26 Mei 2024 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar. Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis diadakan bagi mengambil peluang dengan ketibaan Musim Mangga Harumanis dan buah-buahan tempatan Negeri Perlis yang memberi pilihan kepada pekebun dan peladang memasarkan hasil pertanian mereka melalui platform HPPNs.
Program ini juga dapat memberi galakan kepada pemain industri Agro Makanan dalam menterjemahkan inovasi dan kreativiti mereka untuk menghasilkan produk yang terbaik selaras dengan hasrat menjadikan Negeri Perlis sebagai Jelapang Makanan Utara.
Pelbagai aktiviti dan program telah diadakan, antaranya :

