Program MAIPs Peduli Bil.47/2024 Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024
Lokasi : Dewan Serbaguna Bukit Ayer, Kompleks Eko pelancongan Sungai Batu Pahat, Perlis
DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Program MAIPs Peduli Bil.47/2024 Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024. Turut hadir bersama dalam program ialah YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis.
Kayuhan MAIPs Peduli ini turut disertai peserta dari Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau. Kayuhan bermula di Dewan Serbaguna Bukit Ayer, Kompleks Eko pelancongan Sungai Batu Pahat, Perlis dan singgah di Tapak Glamping Bukit Ayer. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah menyempurnakan simbolik menanam pokok Sempena Hari Hutan Antarabangsa 2024. Konvoi kayuhan seterusnya ke rumah asnaf dan DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah mengurniakan sumbangan kepada tiga orang asnaf yang telah terpilih. Di akhir kayuhan, konvoi telah singgah di Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis.
Turut hadir sama YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBrs. Encik Ag Shaffie bin Ag Ahmadni, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, YBhg. Tuan Hj. Najmuddin bin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis (JAIPs), YBhg. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs, peserta dari Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau dan Wakil-Wakil yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
