Program Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024

Tarikh : 25 Mei 2024 (Sabtu)

Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Abi

DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Program Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi. Turut berangkat bersama anakanda baginda YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir pada program ini ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Hari Antidadah akan disambut sepanjang bulan Februari hingga Jun 2024 dan kemuncak sambutan adalah pada 26 Jun 2024 sempena Hari Antidadah Antarabangsa. Sambutan bertujuan memperingati sejarah bermulanya iltizam dan usaha Malaysia dalam mengawal dan menangani isu dadah serta tindakan pencegahan dengan meningkatkan kesedaran akan bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah. Mesej “Lebih Baik Cegah” dan bertemakan “Pencegahan Dadah Bermula di Rumah” merupakan kempen Sempena Peringatan Hari Antidadah bagi tahun 2024.

Sempena Peringatan Hari Antidadah bagi tahun 2024 peringkat Negeri Perlis telah diadakan kayuhan berinfomasi AADK 2024. Konvoi kayuhan DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah melalui beberapa checkpoint diantaranya rumah klien AADK serta rumah pelajar Asnaf.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah berkenan berangkat melawat ke Bas Pameran Bergerak AADK dan menyempurnakan lukisan mural sebagai simbolik Peringatan Hari Antidadah bagi tahun 2024 peringkat Negeri Perlis. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis turut mengurniakan hadiah kepada pemenang Pertandingan Antidadah.

Turut hadir sama YBrs. Tuan Mohamad Zakhi Farkhi bin Ahmad, Pengarah AADK Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan persekutuan dan wakil-wakil yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR