Majlis Malam Citrawarna Kuala Perlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis

Tarikh : 24 Mei 2024 (Jumaat)

Lokasi : Dataran Lok 9, Kuala Perlis

DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Malam Citrawarna Kuala Perlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis. Turut berangkat bersama anakanda baginda YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, telah berkenan menyempurnakan Simbolik Perasmian Majlis Malam Citrawarna Kuala Perlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis.

Penganjuran Majlis Malam Citrawarna Kuala Perlis bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis ini merupakan hasil terjemahan idea YB Abu Bakar bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis serta dibantu oleh YB Tuan Zakri bin Hassan, Ahli Parlimen Kangar. Pelbagai program telah diadakan antaranya Persembahan Artis Citrawarna JKKN, Himpunan Melayu Berbusana, Perarakan Kereta Berhias yang melibatkan 200 kenderaan yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Parlimen Kangar, Adun Kuala Perlis sendiri, Agensi Swasta dan para peminat permotoran kereta cantik, Lori cantik, Motor retro serta van vintages.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil Agensi serta wakil-wakil yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR