Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan (HPPNs) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024

Tarikh : 25 Mei 2024 (Sabtu)

Lokasi : Pekarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis

DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNs) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 di Pekarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.

Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Haji Razali bin Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pertanian, Perladangan & Industri Makanan), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis merupakan penghargaan ke atas jasa serta peranan besar golongan peladang, penternak dan nelayan di Negeri Perlis. HPPNs Negeri Perlis akan berlansung selama tiga (3) hari bermula dari 24 hingga 26 Mei 2024 di Pekarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis diadakan bagi mengambil peluang dengan ketibaan Musim Mangga Harumanis dan buah-buahan tempatan Negeri Perlis yang memberi pilihan kepada pekebun dan peladang memasarkan hasil pertanian mereka melalui platform HPPNs.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2024. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis turut mengurniakan hadiah kepada pemenang Anugerah bagi HPPNs peringkat Negeri Perlis. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah berangkat melawat ke Booth/ Pameran Jabatan serta Agensi yang terlibat

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Jualan dari Peladang Outlet, Cabutan Bertuah, Pameran Lembu Sado, Pameran Haiwan Ternakan, Pameran Jabatan/ Agensi dan Khidmat Nasihat Perniagaan, Pameran Jentera Pertanian, Pertandingan Pencarian Koboi Perlis, Persembahan Pop Yeh Yeh, Jualan Produk Industri Asas Tani, Makanan Popular Perlis, Jualan Pasar Tani serta Jualan Foodtruck/ Karavan Tani dan banyak lagi.

Program ini juga dapat memberi galakan kepada pemain Industri Agro Makanan dalam menterjemahkan inovasi dan kreativiti mereka untuk menghasilkan produk yang terbaik selaras dengan hasrat menjadikan Negeri Perlis sebagai Jelapang Makanan Utara.

Hadir sama dalam HPPNs ini, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Para Peladang, Penternak Dan Nelayan Negeri Perlis.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR