Hari Ketiga: Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan (HPPNs) 2024 Peringkat Negeri Perlis

Tarikh : 26 Mei 2024 (Ahad)

Lokasi : Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar

Program yang berlansung selama tiga (3) hari bermula 24 hingga 26 Mei 2024 di Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar. Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis diadakan bagi mengambil peluang dengan ketibaan Musim Mangga Harumanis dan buah-buahan tempatan Negeri Perlis yang memberi pilihan kepada pekebun dan peladang memasarkan hasil pertanian mereka melalui platform HPPNs.

Program ini juga dapat memberi galakan kepada pemain Industri Agro Makanan dalam menterjemahkan inovasi dan kreativiti mereka untuk menghasilkan produk yang terbaik selaras dengan hasrat menjadikan Negeri Perlis sebagai Jelapang Makanan Utara.

Pelbagai aktiviti dan program telah diadakan, antaranya :

✔️Persembahan Pop Yeh Yeh
✔️Cabutan Bertuah Menarik Menanti
✔️Pertandingan Sukan Rakyat
✔️Demonstrasi Masakan Melayu (Asam Pedas)
✔️Pameran Jabatan dan Agensi
✔️Pameran Haiwan Ternakan
✔️Pameran Jentera Pertanian
✔️Jualan Produk Usahawan
✔️Jom senamrobik HPPNs
✔️Pertandingan Pencarian Koboi Perlis
✔️Pengagihan Nenas Secara Percuma
✔️ Pertandingan Dekorasi Kek (Tema Flora & Fauna)
✔️Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak sempena HPPNs

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR