Majlis Pengisytiharan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis
Tarikh : 23 Mei 2024 (Khamis)
Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein (Sekolah Menengah Kebangsaan Arau)
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein (Sekolah Menengah Kebangsaan Arau)
DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Majlis Pengisytiharan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis. Turut berangkat bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir bersama dalam majlis ini, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan serta YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah berkenan mengisytiharkan Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein serta menyempurnakan simbolik pengisytiharan nama baharu sekolah ini. Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein merupakan penghargaan kepada Raja Perlis yang pertama, iaitu Raja Syed Hussein Jamalullail. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis turut berangkat melawat ke Info Pamer Jabatan Muzium Negeri Perlis.
Hadir sama dalam majlis ini, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Wakil-Wakil Kementerian Pendidikan, Guru serta Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein.

