Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau Sempena Kempen Penghijauan Malaysia & Promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (Sekinchan, Selangor - Lumut, Perak)

Tarikh : 20 Mei 2024 (Isnin)

Lokasi : Homestay Cikgu Rais, Sekinchan, Bagan Datuk - Lumut, Perak

Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau merupakan satu program kayuhan dari Selatan ke Utara Semenanjung Malaysia bermula dari Tanjung Piai, Johor yang juga dikenali sebagai titik hujung Benua Asia ke Kangar, Perlis yang akan tamat di batu penanda jalan Kangar 0km.

Hari ketujuh Kayuhan Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau bermula dari Homestay Cikgu Rais, Sekinchan ke Lumut, Perak sejauh 138km. Peserta kayuhan melalui checkpoint di Sabak Bernam, Bagan Datuk dan seterusnya di Teluk Batik, Lumut. Aktiviti mengedarkan risalah/cenderamata dan mempromosikan media sosial Kerajaan Negeri Perlis serta Tahun Melawat Perlis 2024-2025 turut diadakan di sekitar Pasar Sungai Besar, Pekan Sabak Bernam dan Pantai Teluk Batik.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR