Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau Sempena Kempen Penghijauan Malaysia & Promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (Teluk Batik, Perak - Taiping, Perak)

Tarikh : 21 Mei 2024 (Selasa)

Lokasi : Virgo Batik Resort , Jeti Kelubong, Pantai Remis - Taiping, Perak

Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau merupakan satu program kayuhan dari Selatan ke Utara Semenanjung Malaysia bermula dari Tanjung Piai, Johor yang juga dikenali sebagai titik hujung Benua Asia ke Kangar, Perlis yang akan tamat di batu penanda jalan Kangar 0km.

Hari kelapan Kayuhan Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau bermula dari Telok Batik ke Taiping, Perak sejauh 100km. Peserta kayuhan akan melalui beberapa checkpoint antaranya Jeti Kelubong, Pantai Remis dan seterusnya bandar Taiping, Perak. Aktiviti mengedarkan risalah/ cenderamata dan mempromosikan media sosial Kerajaan Negeri Perlis serta Tahun Melawat Perlis 2024-2025 turut dijalankan di sekitar Bandar Lumut.

Setibanya peserta Kayuhan Jelajah Perpaduan Hijau di Jeti Kelubong, telah diadakan Program Penanaman Pokok sebanyak 250 batang pokok bakau minyak dan bakau kurap.

Turut hadir pada program menanam pokok ialah YBrs. Encik Ag Shaffie bin Ag Ahmadni, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Hisham bin Ibrahim, Rektor UITM, Perak, Encik Othman bin Deris, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Encik Azmi bin Mohd Zain, Ketua Penolong Pengarah (Silvikultur & Kepelbagaian Biologi) Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Encik Khairil bin Sarip, Pegawai Hutan Daerah Larut & Matang, Wakil Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng, Trong, Encik Ng Chee Beng, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khay Wha, Sungai Kerang, Trong dan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khay Wha serta wakil-wakil pegawai, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan wakil-wakil urus setia promosi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR