Kayuhan Nostalgia Kangar (Night Ride)
Tarikh : 17 Mei 2024 (Jumaat)
Lokasi : Kangar Street Art, Kangar, Perlis
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Kangar Street Art, Kangar, Perlis
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke Kayuhan Nostalgia Kangar (Night Ride) di sekitar Bandar Kangar. Turut hadir bersama YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan).
Program kayuhan santai yang julung-julung kali diadakan di tengah Bandar Kangar merupakan anjuran Kerajaan Negeri Perlis yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Perlis dan Persatuan Berbasikal Negeri Perlis. Program yang diilhamkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (EXCO) Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan akan menyaksikan sekitar Pusat Bandar Kangar akan ditutup untuk aktiviti berbasikal.
Program ini memberi peluang kepada seluruh rakyat Perlis menikmati aktiviti berbasikal dan beriadah di Bandar Kangar pada sebelah malam yang akan bermula di hadapan mercu tanda 0 KM Kangar melalui deretan rumah kedai lama sehingga stesen bas untuk mencukupkan 1 pusingan lengkap. Program ini juga akan diselitkan dengan beberapa acara sampingan seperti Pertunjukan Aksi basikal BMX, Busking, Pameran Seni, Jualan Makanan dan Cabutan Bertuah. Program kayuhan santai ini akan bermula pada jam 8.00 malam melibatkan penutupan jalan serta pelepasan aktiviti pada jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Kayuhan Nostalgia Kangar ini bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.
Hadir sama pada kayuhan ini Pegawai- Pegawai, Majlis Sukan Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan wakil-wakil yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook



