Lawatan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri Ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, Perlis

Tarikh : 13 Mei 2024 (Isnin)

Lokasi : Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, Perlis.

YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah membuat lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, Perlis. Turut hadir bersama dalam lawatan ini ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), KDN, YBhg.Dato’ Sri Hazani bin Ghazali, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), YDH DCP Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Negeri Perlis, YBrs. Datu Ken Anak Leben, Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan), Jabatan Imigresen Malaysia dan YDH DCP Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA PDRM.

YB Menteri Dalam Negeri telah meninjau dan membincangkan isu semasa di Wang Kelian iaitu Projek Sempadan Utara Semenanjung untuk Menaik Taraf Pos Kawalan dan Pembinaan Baharu Blok Bangunan Pejabat di Kompleks ICQS Wang Kelian. Selain itu, YB Menteri Dalam Negeri turut melihat Tapak meniaga di sebelah Negara Thailand.

Hadir bersama dalam lawatan ini YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBhg. Tuan Haji Ismail Bin Hashim, Pengarah Kastam Negeri Perlis, YBrs. Tuan Khairul Amin Bin Talib, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Perlis, Pegawai-Pegawai Kanan KDN, JIM, MCBA, Pegawai-Pegawai Kanan, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Wakil-wakil Jabatan dan Agensi yang terlibat.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR