Penyerahan Surat Pelantikan Kepada Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Negeri Perlis Oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 30 April 2024 (Selasa)

Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menyerahkan surat penempatan kepada Encik Mohd Anwar bin Sahul Hameed, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44, Bahagian Dewan Undangan Negeri/ Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Puan Nur Liyana binti Muhammad, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 (Memangku), Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, yang akan mengantikan Encik Mohammad Hazraf Khan bin Hakim Khan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M44) dan Puan Nur Amalina binti Mohd Rashid, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M44) yang bertukar keluar berkuat kuasa 2 Mei 2024.

Hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Azmi bin Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Puan Nuur Zawani binti Shaari, Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR