Sesi Live Konti Perlis.FM (RTM) Bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) Sempena Promosi Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara

Tarikh : 29 April 2024 (Isnin)

Lokasi : Konti Perlis.FM, Kompleks Penyiaran Negeri Perlis.

YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) telah hadir ke Konti Perlis.FM, Kompleks Penyiaran Negeri Perlis bersempena Promosi Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara.

Sesi Live Konti Perlis.FM (RTM) bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) diadakan adalah untuk mempromosikan Program MADANI Rakyat Zon Utara yang akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula 3 Mei 2024 hingga 5 Mei 2024 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Program MADANI Rakyat atau PMR ini adalah bertujuan untuk mendekatkan Kerajaan dengan rakyat selaras dengan Agenda Malaysia MADANI yang meletakkan keperluan rakyat sebagai keutamaan.

Turut hadir bersama pada sesi ini adalah Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR