Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 (Hari Ketiga)

Tarikh : 25 April 2024 (Khamis)

Lokasi : Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 berlangsung selama tiga (3) hari (23, 24 & 25 April 2024) bagi membahaskan pelbagai isu serta masalah rakyat di Negeri Perlis. Persidangan pada hari ini dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perlis, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.

Turut hadir bersama, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Tentatif utama persidangan hari ketiga adalah membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis serta meluluskan 2 Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2024 dan RUU Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan) 2024.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR