Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 (Hari Kedua)
Tarikh : 24 April 2024 (Rabu)
Lokasi : Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 berlangsung selama tiga (3) hari (23,24 & 25 April 2024) bagi membahaskan pelbagai isu serta masalah rakyat di Negeri Perlis.
Persidangan pada hari ini dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perlis, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.
Turut hadir bersama, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Tentatif utama bagi persidangan pada hari ini adalah untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis yang telah disempurnakan kelmarin (23 April 2024).

