Majlis Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15

Tarikh : 23 April 2024 (Selasa)

Lokasi : Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis, telah berkenan berangkat ke Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis sempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, DUN Perlis Ke-15. Turut hadir YAB Menteri Besar Perlis, YB Speaker DUN Perlis, YA Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perlis serta semua Ketua-ketua Jabatan Negeri & Persekutuan di negeri Perlis.

Majlis dimulakan dengan Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Kompleks DUN Perlis. Kemudian Majlis diteruskan dengan Titah Ucapan Diraja oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis mewakili DYMM Tuanku Raja Perlis dan seterusnya merasmikan Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis seterusnya akan diadakan pada 24 & 25 April 2024 bagi membahaskan "Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja" serta dua (2) Rang Undang-Undang berkenaan Enakmen Peruntukaan DiRaja (Pindaan) 2024 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan) 2024.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR