Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis Dan Kerajaan Negeri Perlis 1445H/2024M

Tarikh : 20 April 2024 (Sabtu)

Lokasi : Dewan 2020, Kangar, Perlis

DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis 1445H/2024M di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Turut berangkat mengiringi, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Turut bersama dalam majlis ini YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan isteri YABhg Puan Najwa binti Othman, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN) dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis Aidilfitri ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara pimpinan Kerajaan Negeri dengan rakyat di samping berkongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri. Sebanyak 40 gerai makanan dengan pelbagai aneka juadah telah disediakan oleh pelbagai Agensi dari Jabatan Negeri dan Persekutuan. Gerai tercantik telah dimenangi oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Dalam majlis itu juga, YAB Menteri Besar Perlis dan YB AMMKN telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Majlis ini telah dihadiri seramai 30,000 pengunjung dari pelbagai lapisan umur dan kaum.

Turut sama dalam majlis ini, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil yang terlibat, serta rakyat pelbagai kaum.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR