Sesi Penyerahan Kunci Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis Oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis Kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)
Tarikh : 9 Mei 2024 (Khamis)
Lokasi : Lobi Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu, Seriab, Perlis
Sesi Penyerahan Kunci Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu (TPAB) Negeri Perlis oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah diadakan di Lobi Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu, Seriab, Perlis. Pembinaan TPAB Negeri Perlis itu merangkumi Blok Terminal dan bangunan sokongan yang telah dilaksanakan oleh pihak JKR Perlis telah siap sepenuhnya.

Sesi penyerahan itu telah disaksikan oleh YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan). Turut hadir sama pada sesi itu ialah YBrs. Dr. Puteh Soraya A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Encik Abdullah bin Baharom, Penolong Pengurus NCIA, YBrs. Ir. Tan Boong Seng, Jurutera, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis dan wakil-wakil yang terlibat.