Majlis Sambutan Keberangkatan Tiba DYMM Sultan Selangor Ke Negeri Perlis Dan Majlis Sambutan Keberangkatan Balik DYMM Sultan Selangor
Tarikh : 16 April 2024 (Selasa)
Lokasi : Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar & Istana Arau, Perlis
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar & Istana Arau, Perlis
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir mengiringi DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar bagi menyambut keberangkatan tiba DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.
DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat berkunjung hormat menjunjung kasih ke hadapan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis di Istana Arau.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah berkenan mengiringi keberangkatan balik DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.
Turut hadir bersama ialah YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YDH DCP Dato' Muhammad bin Abd Halim, Ketua Polis Negeri Perlis serta Wakil-wakil terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

