Majlis Perasmian Dan Pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis 2024

Tarikh : 4 April 2024 (Khamis)

Lokasi : Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis diiringi YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian dan Pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis 2024. Turut hadir bersama ke majlis ini, YB Tuan Haji Razali bin Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pertanian) mewakili YAB Menteri Besar Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN) dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Objektif penganjuran majlis ini adalah bagi merasmikan musim Mangga Harumanis Perlis 2024 dan menandakan bermulanya musim Harumanis sekaligus melancarkan Festival Mangga Harumanis Perlis 2024 di peringkat Negeri Perlis dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Penganjuran majlis ini merupakan salah satu langkah kempen dan promosi di dalam aktiviti pemasaran dan jualan Mangga Harumanis Perlis disamping dapat menyediakan platform jualan secara konvensional dan di atas talian bagi pengusaha-pengusaha Mangga Harumanis Perlis.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan perasmian dan simbolik pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis 2024.
Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Puteh Soraya A. Rahman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, YBrs. Encik Hafizuddin bin Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Wakil-wakil Jabatan yang terlibat serta Ahli Qariah Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR