Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Terhadap YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 2 April 2024 (Selasa)

Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Encik Shaharruddy bin Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Kunjungan hormat ini adalah salam perkenalan dan memaklumkan berkaitan pengurusan pentadbiran dan fungsi LHDNM. Selain itu, kunjungan juga bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan hubungan baik antara pihak LHDNM Negeri Perlis dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dalam pelbagai urusan terutama perkongsian maklumat.

Turut hadir dalam kunjungan ini, YBrs. Encik Akmal bi Mat Said, Pengarah LHDNM Negeri Perlis, Puan Hashimah binti Mohd Hashim, Pengarah Operasi LHDNM Negeri Perlis serta Pegawai-pegawai Kanan LHDNM Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR