Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Perlis 2024
Tarikh : 1 April 2024 (Isnin)
Lokasi : Masjid Nurul Huda, Felda Chuping
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Masjid Nurul Huda, Felda Chuping
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis bersama YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah hadir ke Majlis berbuka Puasa MADANI peringkat Negeri Perlis 2024 di Masjid Nurul Huda, Felda, Chuping. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN), Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YDH Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Negeri Perlis, YBhg. Dato' Azman bin Ibrahim, Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, (ICU), YB Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Majlis dimulakan dengan Sesi Penyampaian Sumbangan untuk Program Welcome To School Zon 1 FELDA Chuping, Sumbangan kepada Masjid dan Sumbangan Skim Insurans, Kesejahteraan Rakyat (SIKR) yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri. YAB Perdana Menteri juga turut beramah mesra bersama penduduk yang hadir ke majlis tersebut.
Terdahulu YAB Perdana Menteri telah menyerahkan bubur lambuk kepada para penduduk Felda Chuping yang hadir dimana bubur lambuk yang disediakan pada petang ini adalah hasil gotong-royong warga FELDA Chuping.
Hadir sama dalam Majlis berbuka Puasa MADANI peringkat Negeri Perlis 2024 ini ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Puan Maznah binti Musa, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis (ICU), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Perlis, Wakil-Wakil Pejabat Perdana Menteri, Wakil-wakil Jabatan yang terlibat serta warga Felda Chuping Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

