Program Kayuhan Dan Majlis Iftar Kesuma Bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.

Tarikh : 30 Mac 2024 (Sabtu)

Lokasi : Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) dan Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Kuala Perlis, Perlis

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis diiringi YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai telah berkenan berangkat ke Program Kayuhan dan Majlis Iftar Kesuma anjuran HRD Corp di Kuala Perlis. Turut hadir YB Steven Sim, Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Datuk Abu Huraira bin Abu Yazid, Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, YBhg. Datuk Wira Shahul Dawood, Ketua Eksekutif HRD Corp dan YBrs. Dr. Mohd Syukri Ahmad Sudari, Lembaga Pengarah HRD Corp.

Program Kayuhan merupakan salah satu inisiatif HRD Corp kepada masyarakat bagi membantu golongan yang memerlukan. Pada program ini, delegasi kayuhan telah melawat tiga (3) lokasi bagi menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada keluarga asnaf yang merupakan sumbangan daripada CSR HRD Corp Cares.

Program Kayuhan diakhiri dengan Majlis Iftar di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Kuala Perlis, Perlis yang telah dihadiri oleh semua delegasi kayuhan dan para jemaah masjid.

Hadir bersama dalam program ini YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis, Encik Ahmad Firdaus bin Hashim, Pengarah, PERKESO Perlis, Encik Amree bin Ghazi, Pengarah, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Perlis, Encik Iskandar bin Jassa, Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Perlis, Encik Asrul Amri bin Ismail, Ketua Pejabat NIOSH, Pegawai-Pegawai Kanan HRD Corp, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Rakan-Rakan Strategik yang terlibat serta Urus setia Program Kayuhan anjuran HRD Corp dan wakil-wakil yang terlibat.
 
Sumber : SUK Perlis Official Facebook
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR