Penyerahan Surat Penempatan Kepada Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Negeri Perlis Oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu)
Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menyerahkan surat penempatan kepada Puan Puteri Nurul Nazuha binti Datu Bandira, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M44), di tempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis berkuat kuasa 27 Mac 2024 mengantikan Puan Nur Shatirah binti Azizan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41) yang bertukar ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Azmi bin Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Puan Nuur Zawani Binti Shaari, Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

