Program Memasak Bubur Lambuk Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu)
Lokasi : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
Lokasi : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Program Memasak Bubur Lambuk Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Program ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Program memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan bagi Kelab SUK Perlis yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan ahli-ahli kelab.
Hadir bersama YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs Dr. Faizal bin Kamarudin, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

