Majlis Menandatangani MOU Pakej Agro Pelancongan

Tarikh : 23 Mac 2024 (Sabtu)

Lokasi : Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur

 
DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, telah berkenan berangkat ke Majlis Menandatangani MOU di antara Syarikat Harumango dan Smart Leisure Travel serta Antar Holiday.

Majlis Menandatangani MOU ini telah disaksikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis.

Ladang Harumango yang terletak di Bukit Chuping, Perlis merupakan Ladang Harumanis Gred Premium yang akan dibuka kepada umum bermula 1 April 2024 sehingga 30 Jun 2024, setiap hari.

Perjanjian ini membolehkan Smart Leisure Travel dan Antar Holiday untuk mengadakan Pakej lawatan dua (2) hari satu (1) malam ke Ladang Harumango dalam mempromosikan Perlis Eko Tourism bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR