Kunjungan Hormat Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Terhadap Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 18 Mac 2024 (Isnin)

Lokasi : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

 
YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Salleh, Pengerusi MADA.

Kunjungan hormat ini adalah salam perkenalan dan memaklumkan berkaitan pengurusan pentadbiran dan fungsi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam menyelia pengurusan penanaman padi disamping projek atau program pertanian yang sedang dan telah dijalankan. Turut dibentangkan mengenai status semasa pembangunan Sistem Pangairan Tersier di Negeri Perlis.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini, YBrs. Dr. Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, YBrs. Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli (Pengurus Besar MADA), YBrs. Encik Zulkifli bin Romli, Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA, YBrs. Tuan Ir. Nik Kun bin Nik Man, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) MADA, YBrs. Encik Dzulkifli bin Yaakub, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MADA, YBrs. Tuan Haji Rumzi bin Ahmad, Pengarah Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat, MADA dan YBrs. Puan Sakinah binti Ahmad Tarmizi (Pengurus Wilayah I MADA, Perlis).

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR