Hari Ketiga : Pesta Angin Timur Perlis Tahun 2024

Tarikh : 3 Mac 2024 (Ahad)

Lokasi : Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau, Perlis

 
Pesta Angin Timur (PAT) 2024 merupakan Program Pelancongan berasaskan kebudayaan yang utama di Perlis. Mengambil nama sempena peredaran musim daripada sejuk ke musim panas yang dibawa angin dari sebelah Timur ke Negeri Perlis.

Pada sebelah pagi program, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir merasmikan Program Fancy Run Jerami sempena Pesta Angin Timur (PAT) 2024. YAB Menteri Besar Perlis dan YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis telah melepaskan para peserta Fancy Run Jerami yang telah melalui di sekitar Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang Perlis.

Di hari terakhir Pesta Angin Timur 2024, pelbagai aktiviti dan program telah diadakan, antaranya :
?Pertandingan Tarik tali Lumpur
?Pameran dan Jualan Produk Usahawan
?Jualan Agro Madani
?Car Boot Sales dan Jualan Food Truck
?Pertandingan Sukan Rakyat
?️ATV Bendang
?Pameran Lori Berhias dan Audio Car Show
?Persembahan Wayang Kulit
? Pertunjukan Bunga Api

Kemuncak penutup Acara Pesta Angin Timur 2024 Perlis adalah Pertunjukan Bunga Api Berwarna yang telah menerangai dan mewarnai langit Negeri Perlis. Pertunjukan ini telah menggamit memori indah buat pengunjung yang hadir ke Pesta Angin Timur 2024 Perlis pada kali ini.

 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR