Majlis Perasmian Penutup Dan Pengurnian Hadiah Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024M/1445H
Tarikh : 7 Mac 2024 (Khamis)
Lokasi : Dewan Warisan, Kangar, Perlis
Lokasi : Dewan Warisan, Kangar, Perlis
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Dan Pengurniaan Hadiah Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024M/ 1445H. Turut hadir YB Tuan Rus'sele Bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis merupakan Acara Rasmi Negeri dalam mensyiarkan Al-Quran serta meningkatkan pengetahuan dan menanamkan rasa cinta masyarakat Islam terhadap Al-Quran. Saban tahun, pemenang-pemenang yang terdiri daripada Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran, serta Hafiz dan Hafizah kategori Hafazan Al-Quran akan mewakili Negeri Perlis ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan perasmian penutup Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis dan telah mengurniakan hadiah kepada para pemenang. Johan Qari dimenangi oleh Encik Khalil Khusairi bin Zainol dan Johan Qariah Puan Norsyafirah binti Jusoh manakala Johan Hafazan Al Quran 30 Juzuk kategori lelaki telah dimenangi oleh Encik Muhammad Zawawi bin Dun manakala kategori wanita disandang oleh Cik 'Ainul Mursyidah binti Khairul Azhar. Johan Tilawah dan Hafazan Al-Quran akan mewakili Negeri Perlis ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2024M/1445H yang akan diadakan di Negeri Pahang.
Hadir sama dalam majlis YBhg. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Peserta-Peserta Tilawah dan Hafazan Al-Quran serta Urus Setia Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook







