MINI KARNIVAL BINTANG RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (BRTM)

Tarikh : 24 Februari 2024 (Sabtu)
 
Tempat : Ruang Legar Menara Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri.

Bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025, Kerajaan Negeri Perlis telah membuka booth di Mini Karnival Bintang Radio Televisyen Malaysia di Angkasapuri.
Mini Karnival BRTM ini diadakan bertujuan untuk memeriahkan lagi pertandingan akhir BRTM yang telah diadakan pada 24 Februari 2024 (Sabtu) pada jam 9.00 malam. Selain itu, ia juga menampilkan DJ Corner oleh Rakan Radio rasmi NasionalFM serta kemunculan khas penyanyi dari seberang, Anggi Marito dalam sesi Meet & Greet. Pelbagai aktiviti menarik juga diadakan antaranya booth-booth pameran, jualan foodtruck dan juga layar LED turut disediakan buat pengunjung atau penonton untuk menyaksikan siaran langsung BRTM akhir.
 
 
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR