MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL USAHAWAN DAN JUALAN MEGA MADANI (KUJMM) 2024
Tarikh : 24 Februari 2024 (Sabtu)
Tempat : Pasar Tani Kekal, Simpang Empat, Perlis
DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani (KUJMM) 2024. Turut hadir sama pada majlis ini, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
KUJMM 2024 ini merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah diadakan di Pasar Tani Kekal, Simpang Empat, Perlis bermula 23 Februari 2024 hingga 25 Februari 2024 (Jumaat - Ahad). KUJMM diadakan bertujuan untuk menawarkan jualan barangan/perkhidmatan pada harga yang lebih rendah berbanding pasaran selain untuk memperluaskan pemasaran produk usahawan dan koperasi. Selain itu, Program KUJMM KUSKOP 2024 ini juga menyokong aspirasi Kerajaan Negeri menjadikan Perlis sebagai destinasi tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
Sebanyak 49 tapak jualan KUJMM KUSKOP 2024 telah disediakan kepada usahawan, Koperasi dan Agro MADANI bagi menawarkan jualan produk dan perkhidmatan termasuk kelengkapan sekolah terus dari kilang, pakej pelancongan, pertanian disamping food truck dan khemah peniaga FAMA yang menjual aneka makanan serta minuman turut disediakan untuk pengunjung.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan merasmikan program ini dan menyaksikan penyampaian cek bantuan pembangunan dan pembiayaan oleh agensi terbabit kepada usahawan dan koperasi yang layak di Negeri Perlis.
Hadir sama dalam majlis ini, YBrs. Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (D) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg. Datuk Haji Zamri bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (P) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Setiausaha- Setiausaha Bahagian KUSKOP, Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Agensi, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Wakil-Wakil yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

