KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH, UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN, (ICU) JABATAN PERDANA MENTERI TERHADAP YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
Tarikh : 23 Februari 2024 (Jumaat)
Tempat : Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Azman bin Ibrahim, Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Kunjungan hormat ini adalah bagi memaklumkan struktur pengurusan ICU Jabatan Perdana Menteri dan berbincang mengenai isu-isu berkaitan pembangunan di Negeri Perlis.
Turut hadir dalam kunjungan ini YBrs. Puan Maznah binti Musa, Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

