MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE 40 PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PERLIS
Tarikh : 22 Februari 2023 (Khamis)
Tempat : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
Mesyuarat Agong Tahunan Ke-40 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Perlis telah diadakan di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Harlina binti Hashim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis.
Mesyuarat Agong Tahunan kali ini diadakan bertujuan untuk membentangkan dan meluluskan penyata kewangan PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 serta pembentangan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2023.
Terdahulu, program dimulakan dengan Chair Robic yang diketuai oleh Puan Surina binti Ramli, Unit Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan disusuli dengan Taklimat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah oleh Encik Fais Syamir bin Khairuddin daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial.
Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agong Tahunan Ke-40 PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis telah dirasmikan oleh YABhg. Puan Najwa binti Othman, Isteri kepada YAB Menteri Besar Perlis merangkap Penaung PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis. YABhg. Penaung PUSPANITA telah menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 10A 1B Tahun 2022 kepada Saudari Nur Aimuni binti Asni dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,Arau, Perlis yang diwakili ibunya Puan Halina binti Abd Wahid dan hadiah utama cabutan bertuah kepada para pemenang.
Turut hadir sama dalam majlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis, Ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis serta Urus setia Mesyuarat Agong Tahunan Ke-40 PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

