KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) WILAYAH UTARA TERHADAP YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS.

Tarikh : 22 Februari 2024 (Khamis)

Tempat : Pejabat SUK Negeri Perlis

YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Encik Jeffary bin Mohamed Iasa, Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Utara.

Kunjungan hormat ini adalah salam perkenalan dan memaklumkan berkaitan pengurusan pentadbiran KWSP disamping berkongsi perkembangan terkini KWSP serta meneroka peluang kerjasama khususnya dari segi keselamatan sosial dan ketidakcukupan simpanan persaraan khususnya ahli-ahli KWSP di Negeri Perlis.

Turut hadir sama dalam kunjungan ini, Encik Md Sabri bin Hamid, Ketua Cawangan KWSP Alor Setar, Kedah, Encik Fadzil bin Zainon, Ketua Cawangan KWSP Kangar, Encik Hasaruddin bin Abd Rahman, Ketua ESC KWSP Cawangan Kangar dan Encik Hazmi bin Mat Zain, Ketua Perkhidmatan KWSP Cawangan Kangar

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR