KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESELAMATAN KERAJAAN NEGERI PERLIS TERHADAP YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS.

 
Tarikh : 22 Februari 2024 (Khamis)
 
Tempat : Pejabat SUK Negeri Perlis

YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Ahmad Tarmizi bin Abd Shukor, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Perlis selaku Setiausaha Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) Perlis.

Kunjungan hormat ini adalah bagi memaklumkan berkaitan Pengurusan Keselamatan Perlindungan Agensi Kerajaan di Negeri Perlis dan juga Pengurusan Sasaran Penting, Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di Negeri Perlis.

Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat ini Encik Ahmad Tarmizi bin Mohd Asarani, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Encik Abdul Aziz bin Sobri, Penolong Pengarah Unit SP/KLTL, Puan Noor Azura binti Ahmad Tajuddin, Penolong Pengarah Unit Keselamatan Perlindungan, Puan Haznida binti Baharom, Ketua Pembantu Keselamatan dan Puan Wan Nor Azzuria binti Megat Taib, Pembantu Keselamatan, Pejabat CGSO Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR