Majlis Penghargaan Atlet Negeri Perlis 2023, Majlis Penyerahan Insentif Sukan Asia & Para Asia Hangzhou 2022 Serta Pelancaran Road To SUKMA & Para SUKMA Ke-21 Sarawak 2024


Tarikh : 29 Februari 2024 (Khamis)

Lokasi : Dewan Warisan, Kangar
 

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Penghargaan Atlet Negeri Perlis 2023, Majlis Penyerahan Insentif Sukan Asia & Para Asia Hangzhou 2022 Serta Pelancaran Road To Sukma & Para Sukma Ke-21 Sarawak 2024. Turut Hadir dalam majlis ialah YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis seumpama ini merupakan penganjuran kali pertama dan menjadi satu-satunya majlis yang menghimpunkan semua atlet yang berjaya daripada pelbagai peringkat umur dan program pembangunan sukan yang berbeza iaitu Program Pembangunan Majlis Sukan Negeri Perlis (Bakat, Pelapis, SUKMA), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (MSSM), Sekolah Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis (Paralimpik) dan Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Perlis (SOPMA). Pada umumnya, Majlis Anugerah Sukan dilaksanakan bagi menghargai jasa sesorang atlet tetapi majlis tersebut khusus kepada atlet-atlet elit di peringkat tertinggi sahaja.

YAB Menteri Besar Perlis telah menyerahkan Sijil Penghargaan Kepada Wakil Atlet Podium Negeri Perlis serta Insentif Kemenangan Tambahan Sempena Sukan Asia & Para Asia Hangzhou 202 kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat untuk Malaysia antaranya YBhg. Datuk Abdul Latif bin Romly, Lompat Jauh T20, (Pingat Emas), Anis Amira binti Rosdi, Berbasikal (Pingat Gangsa), Jariah binti Zakaria, Boling Padang B7(Pingat Gangsa) dan Noor Imanina binti Idris, Lontar Peluru Wanita F20, (Pingat Gangsa).
Majlis diteruskan dengan Pelancaran Tabung Sukan Negeri Perlis dan Pelancaran Road to SUKMA & Para SUKMA Ke-21 Sarawak 2024 telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Perlis dengan tayangan montaj serta Simbolik Tandatangan Kanvas Sokongan Atlet Perlis.

Turut hadir bersama dalam majlis
YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBrs. Encik Mohd Azraai Zain bin Tusimin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri serta wakil-wakil jabatan, Pengurus-Pengurs pasukan, para jurulatih serta barisan atlet Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR