Program Jelajah MyPESARA Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024

Tarikh : 21 Januari 2024 (Ahad)

Lokasi : Kangar dan Kuala Perlis

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah berkolaborasi dengan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP dengan kerjasama Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Siri Jelajah MyPesara Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024.

Pada hari pertama Program Jelajah ini dimulai dengan sesi Ziarah Pesara. Seramai tiga (3) orang pesara/balu pesara telah dizarahi di kediaman masing-masing sambil menyampaikan sumbangan kepada pesara dan balu pesara yang telah meninggal dunia.

Sesi Jelajah ini telah dihadiri oleh Encik Ahmad Mu'izz bin Mohd Yusof, Timbalan Naib Presiden, Jabatan Komunikasi Strategik, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP, Encik Muhammad Hatim bin Mohd Kharudin, Penolong Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta pegawai-pegawai, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Hadir sama dalam Ziarah Pesara ini, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Puan Maslina binti Che Lin @ Halim, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pegawai Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta wakil yang terlibat.
 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR