Program Kayuhan Sejuta Kasih Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN)

Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu)

Lokasi : Urban Transformation Centre (UTC) Kangar, Perlis

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis diiringi YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai telah berkenan berangkat ke Program Kayuhan Sejuta Kasih Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN). Turut hadir YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Datuk Norliza binti Abdul Rahim, Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, YBrs. Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid, Ketua Eksekutif, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, Prof. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), YBhg. Dato' Mohd Muazzam bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), YBhg. YDH Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Negeri Perlis serta Puan Siti Jahara binti Mohd Idris, Pengarah PTPTN Negeri Perlis.

Program Kayuhan Sejuta Kasih Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) merupakan salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN kepada masyarakat bagi membantu golongan yang memerlukan selain mempromosikan Negeri Perlis bersempena dengan Tahun Melawat Perlis 2024. Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN melibatkan 100 peserta yang terdiri daripada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, Pengerusi PTPTN, Pengurusan PTPTN, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri, Agensi kerajaan dan swasta.

Hadir bersama dalam program ini Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Rakan-Rakan Strategik yang terlibat, Urus setia Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN dan wakil yang terlibat.
 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR