Majlis Hari Keluarga Program Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM)

Tarikh : 11 Januari 2024 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bil.1/ 2024.

Tujuan utama pelaksanaan mesyuarat ini adalah sebagai medium komunikasi di antara YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri/ Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi mendapatkan maklum balas isu-isu/ pelaporan perkembangan tindakan terkini jabatan/ bahagian berkaitan fungsi jabatan/ bahagian masing-masing.

Dalam mesyuarat ini, Puan Mawar binti Awang, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, PSUKPs dan Encik Hasbullah bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, PSUKPs telah membentangkan kertas pertimbangan/ makluman berkaitan jabatan/ bahagian masing-masing.

Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Encik Khairul Amin bin Talib, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Perlis, YBrs. Puan Maznah binti Musa, Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis (ICU), YBrs. Dr. Ghazali bin Chik, Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Encik Saad bin Haron, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT).
  

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR