Majlis Hari Keluarga Program Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM)

Tarikh : 10 Januari 2024 (Rabu)
Tempat : Dewan Warisan, Kangar, Perlis

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Hari Keluarga Program Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM). Turut hadir dalam majlis adalah YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin, Pengerusi, Faizuddin Centre of Educational Excellence, YBhg. Datin Noridah binti Yangman, Penasihat Faizuddin Centre of Educational Excellence dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.

Majlis yang dianjurkan oleh Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah diadakan di Dewan Warisan Kangar Perlis. Majlis ini diadakan bertujuan sesi perkenalan dan ramah mesra antara Rakan Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih Madani (RPPITM) bersama ahli keluarga Insan Terpilih Madani (ITM).

Program ini melibatkan 43 buah keluarga ITM, 93 orang Rakan Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih Madani (RPPITM) yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta 43 orang Guru Bimbingan Kaunseling. DYTM Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Hari Keluarga Program Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM).

Turut hadir ke majlis ini YBrs. Dr. Puteh Soraya A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengetua-Pengetua Sekolah Negeri Perlis, Guru-Guru Besar Sekolah di Negeri Perlis dan Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling di Negeri Perlis.
  

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR